Pages

CONTOH PERJANJIAN PENYEWAAN




PERJANJIAN PENYEWAAN

TARIKH 01 DAY OF APRIL 2013






Di antara




(Tuan Rumah)


Dan



(Penyewa )











LOKASI : No 113-C Blok A,
Bulatan Cherry,
Cherry Apartments,
30100 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan


TEMPOH : 





PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dicatat di dalam Seksyen 1 dalam Jadual di antara dua pihak yang nama mereka dan butiran dinyatakan di dalam Seksyen 2 dalam Jadual ini (selepas ini dinamakan "Tuan Rumah") bagi satu pihak dan pihak yang satu lagi yang nama dan butirannya dinyatakan di dalam Seksyen 3 dalam
Jadual (selepas ini dinamakan "Penyewa").

DENGAN ITU:

1 . Tuan Rumah adalah tuan punya yang berdaftar/pihak yang memperolehi keuntungan kepada hartanah berkenaan yang secara khusus dirujuk dan dinyatakan dalam seksyen 4 dalam Jadual (selepas ini dinamakan Premis Berkenaan).

2. Tuan Rumah berhasrat untuk memberi sewaan dan Penyewa berhasrat untuk menyewa Premis Berkenaan beserta perabot, peralatan dan kelengkapan lain seperti yang tersenarai dalam Inventori tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan.

DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI PERKARA PERKARA BERIKUT:-

1. Tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan Tuan Rumah memberi kebenaran kepada Penyewa tempoh sewaan bagi Premis Berkenaan bagi satu tempoh, bermula dari tarikh tertentu dan tamat pada tarikh tertentu sebagaimana yang disebut di dalam Seksyen 5(a)(b) dan (c) satu persatu dalam Jadual.

2. Kadar sewa yang tertera dalam Seksyen 6 (a) dalam Jadual hendaklah dibayar sebagai bayaran muka pada masa yang ditetapkan dalam Seksyen 6 (b) dalam Jadual. Sewa itu hendaklah dimasukkan ke dalam akaun bank Tuan Rumah dan nombor akaunnya adalah 0808 (BANK ISLAM – AZIZUL AZLI). Salinan borang kemasukan hendaklah di simpan sebagai semakkan kepada Tuan Rumah sebagai bukti pembayaran.

3. Penyewa hendaklah membayar wang pendahuluan sebagai deposit sekuriti bagi Premis Berkenaan kepada Tuan Rumah sebelum menduduki rumah itu setelah Perjanjian dikuatkuasakan sebagaimana yang tertera di dalam Seksyen 7 dalam Jadual (penerimaannya disahkan oleh tuan rumah) sebagai jaminan Penyewa akan memenuhi kesemua tugas dan tanggungjawabnya. Jumlah tersebut akan kekal sepanjang tempoh sewaan dan tidak akan dianggap sebagai bayaran sewa dan akan dikembalikan kepada Penyewa dalam tempoh dua puluh (20) hari tanpa faedah, selepas tamatnya tempoh sewa, dan sebahagiannya digunakan bagi membaiki apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh Penyewa ke atas Premis Berkenaan (kerosakkan disebabkan kelunturan dan kehausan dikecualikan).

4. Penyewa hendaklah membayar wang pendahuluan sebagai deposit utiliti air dan elektrik sebelum menduduki rumah itu setelah perjanjian dikuatkuasakan sebagaimana yang tertera di dalam Seksyen 8 dalam Jadual (secara terkumpul dinamakan Deposit Utiliti ). Deposit Utiliti ini akan dikembalikan tanpa faedah kepada penyewa selepas ditolak apa juga jumlah yang masih tertunggak.

5. PENYEWA BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH
mengenai perkara- perkara berikut:

5.1 Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui.

5.2 Untuk membayar semua bayaran yang dikenakan bagi penggunaan telefon, air dan elektrik di premis Berkenaan sepanjang tempoh sewa. Salinan bil-bil dan resit-resit yang dibayar bagi utiliti itu hendaklah disimpan bagi tujuan semakan atau diberikan dengan tangan kepada Tuan Rumah pada setiap bulan atau apabila dikehendaki.

5.3 Untuk menjaga Premis Berkenaan, peralatan dan kelengkapannya seperti yang tersenarai dalam Inventori bersama-sama barangan tambahan lain dalam keadaan yang baik dan elok (kelusuhan dan kehausan biasa dikecualikan) dan untuk mengganti atau membaiki apa juga barangan tersebut dan mana-mana bahagian Premis Berkenaan dan peralatan dan kelengkapan Tuan Rumah yang rosak.

Segala kelengkapan, perabot dan peralatan yang tersenarai dalam Inventori diberi secara pinjaman oleh Tuan Rumah kepada Penyewa. Barangan itu diserahkan dalam keadaan yang baik dan mesti dikembalikan dalam keadaan yang baik juga. Tuan Rumah tidak akan membaiki dan membayar bagi pembaikan barangan ini.

5.4 Tidak melakukan atau dibenarkan melakukan apa-apa perubahan atau tambahan kepada Premis Berkenaan atau ke atas peralatan, kelengkapan hiasan Tuan Rumah tanpa terlebih dulu memperoleh kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah dan sekiranya kebenaran diberikan bagi membolehkan penyewa melakukan perubahan atas tanggungannya sendiri, ia hendaklah mengikut kehendak Tuan Rumah dan apabila tamatnya tempoh sewaan, jika dikehendaki oleh Tuan Rumah, keatas premis Berkenaan hendaklah dikembalikan kepada keadaannya yang asal atas tanggungan Penyewa.

5.5 Memberi kebenaran kepada Tuan Rumah dan wakilnya yang dilantik setelah memberi tiga hari notis pada setiap masa dan dipersetujui secara bersama bagi membolehkannya memasuki dan memeriksa keadaan Premis Berkenaan, dan Tuan Rumah berhak memberi notis kepada Penyewa secara bertulis mengenai kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan menghendaki Penyewa melakukan pembaikan dalam masa l4 hari selepas notis diberikan, jika tidak dilakukan maka Tuan Rumah atau kontraktor yang dilantik dan lain-lain boleh masuk ke Premis Berkenaan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan
dan kosnya ditanggung oleh Penyewa dan dituntut daripada penyewa.

5.6 Untuk menggunakan Premis Berkenaan bagi tujuan sebagaimana yang tertera di dalam Seksyen 10 dalam Jadual dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran untuk apa juga tujuan lain yang selamat kecuali bagi tujuan yang spesifik yang telah dinyatakan dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran atau menyebabkan apa-apa kerosakan berlaku di premis Berkenaan atau mana-mana bahagiannya yang boleh membawa kemudaratan atau menganggu Tuan Rumah atau penyewa atau penghuni premis-premis bersebelahan.

5.7 Tidak akan membenarkan, menyewakan semula, atau keluar daripada hak milik yang sah itu atau menyebabkan Premis Berkenaan digunakan untuk apa juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah.

5.8 Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa juga perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang melibatkan Premis Berkenaan atau yang boleh menyebabkan polisi insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.

5.9 Penyewa hendaklah menyerahkan premis berkenaan kepada Tuan Rumah dalam keadaan yang baik, bersih dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan, kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa juga kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang dipasang.

5.10 Tidak menyimpan atau membawa ke Premis Berkenaan apa-apa senjata, senjata api atau alat letupan atau bahan letupan atau apa-apa barangan yang mudah terbakar atau merbahaya dan barangan yang salah di sisi undang-undang.

5.11 Tidak menggunakan Premis Berkenaan untuk kegiatan haram, menyalahi undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan mahupun perdagangan dan perjudian dalam apa juga bentuk sekali pun.

5.12 Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah. Tuan Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang

5.l3 Penyewaakan bertanggungjawab keatas apa juga penyelenggaraan kecil sehingga RM100 (dalam satu-satu bulan).

5.14 Penyewa bersetuju untuk menyewa hartanah itu dalam keadaan bersih yang sedia ada. Penyewa bersetuju menyerahkannya balik dalam keadaan yang sama, atau lebih baik dan menanggung bayaran membersih jika tuan rumah mengupah orang untuk membersihkannya.

5.15 Penyewa hendaklah membenarkan sesiapa sahaja yang ingin melihat rumah itu dengan tujuan untuk menyewanya dua bulan sebelum tamat perjanjian, dengan kebenaran bertulis daripada Tuan Rumah, kecuali Penyewa ingin terus menyewanya dengan memberi notis secara bertulis.

6. TUAN RUMAH DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA
mengenai perkara-perkara berikut:-

6.1 Untuk membayar cukai tanah, cukai pintu, caj perkhidmatan dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan dengan Premis Berkenaan selain daripada yang dipersetujui dibayar oleh Penyewa.

6.2 Pada setiap masa sepanjang tempoh Perjanjian ini dengan mendapatkan polisi insurans bagi melindungi Premis Berkenaan daripada kerugian atau kemusnahan dalam kebakaran.

6.3 Untuk mengawasi dan mengekalkan struktur Premis Berkenaan iaitu bumbung, dinding, lantai, siling dan sistem saluran paip dalam keadaan baik dan boleh dibaiki sepanjang tempoh sewa kecuali kerosakan dilakukan atau disebabkan oleh kelalaian atau berpunca daripada Penyewa atau orang gajinya, penyewa hendaklah melakukan kerja-kerja pembaikan atas tanggungannya sendiri. Sekiranya kerosakan tidak dilakukan oleh Penyewa atau orang gajinya, Tuan Rumah akan melakukan kerja-kerja pembaikan kepada kerosakan disebut di atas dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima
notis daripada Penyewa. Jika Tuan Rumah gagal melakukan kerja-kerja pembaikan dalam tempoh tersebut, maka Penyewa berhak melakukannya sendiri dan menuntut kosnya daripada Tuan Rumah.

6.4 Jika Penyewa membayar sewa tanpa gagal dan mematuhi segala peruntukan dan tanggungjawabnya sebagaimana yang tertera, penyewa hendaklah dibiarkan tinggal di rumah itu dengan secara aman tanpa gangguan daripada Tuan Rumah atau sesiapa sahaja yang mendakwa mewakilinya atau diamanahkan olehnya.

7. DENGAN SYARAT KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU
mengenai perkara-perkara berikut: -

7.1 Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama ada diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati tidak dibayar atau tidak memuaskan untuk tujuh (7) hari selepas perlu dibayar atau apa-apa tanggungawab Penyewa tidak dipatuhi, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Tuan Rumah atau sesiapa yang dilantik oleh tuan rumah bagi pihaknya untuk memasuki semula ke dalam Premis Berkenaan atau mana-mana bahagian bagi menentukan tindakan yang perlu diambil kerana perlanggaran perjanjian.

7.2 Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama ada diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati terus tidak dibayar atau tidak memuaskan untuk selama lima (5) hari selepas perlu dibayar atau apa-apa tanggungjawab Penyewa tidak dipatuhi, Penyewa adalah dikehendaki mengosongkan Premis Berkenaan dalam masa lima (5) hari, membayar semula kepada Tuan Rumah apa-apa kerosakan ke atas Premis berkenaan, seterusnya menyebabkan penyewa kehilangan bayaran deposit sekuritinya. Penyewa juga bertanggungjawab ke atas kos perundangan yang dikenakan bagi menguatkuasakan peruntukan ini.

7.3 Tanpa prejudis terhadap hak, kuasa dan penyelesaian yang ada pada Tuan Rumah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian, penyewa harus membayar kepada Tuan Rumah kesemua bayaran lewat dalam bentuk faedah yang dikira berasaskan hari ke hari pada kadar dua peratus (2%) sebulan ke atas jumlah yang tertunggak tetapi tidak dibayar untuk lima (5) hari oleh penyewa kepada tuan rumah di bawah perjanjian ini; faedahnya dikira daripada tarikh luput lima (5) hari sehingga dibayar sepenuhnya dan diperoleh semula sebagai tunggakan. Penyewa akan bertanggungjawab ke atas yuran guaman yang dikenakan ke atas Tuan Rumah bagi menguatkuasakan peruntukan ini.

7.4 Jika Premis Berkenaan atau mana-mana bahagiannya musnah akibat kebakaran (kecuali dalam keadaan kebakaran itu berpunca daripada Penyewa atau kelalaiannya) sehingga tidak sesuai diduduk, sewa yang perlu dibayar atau sebahagian daripadanya digantung sehingga Premis Berkenaan didapati sesuai untuk diduduki semula dan jika Premis Berkenaan atau sebahagian daripadanya didapati tidak lagi sesuai diduduki dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kejadian, mana-mana pihak boleh memberi sebulan notis secara bertulis tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.

7.5 Jika Penyewa ingin terus menyewa rumah itu, maka Penyewa hendaklah memberi dua (2) bulan notis dengan secara bertulis kepada Tuan Rumah. Dengan syarat kesemua peraturan dan Syarat-Syarat dalamperjanjian ini dipatuhi oleh penyewa,Tuan Rumah boleh membenarkan penyewa itu terus menyewa bagi satu lagi tempoh sebagaimana yang tertera dalam seksyen 9 dalam Jadual mengikut syarat-syarat dan peraturan yang sama dan pada kadar sewa yang akan dipersetujui bersama.

7.6 Sekiranya Tuan Rumah ingin menjual Premis Berkenaan sebelum tamatnya tempoh perjanjian ini. Tuan Rumah akan bersetuju agar jualan itu tertakluk pada sewaan ini dan akan meminta pembelinya supaya meneruskan syarat-syarat dan peraturan di bawah perjanjian ini sebagai tuan rumah.

7.7 Sekiranya Penyewa ingin menamatkan Perjanjian sewa ini sebelum tempohnya berakhir, penyewa itu akan kehilangan deposit sekuriti sebagaimana yang tertera dalam seksyen 7 dalam Jadual dan deposit utilitinya seperti yang tertera dalam Seksyen 8 dalam Jadual akan diambil kira tunggakan bil-bil tersebut sebelum bakinya dikembalikan kepada Penyewa.

7.8 Sebarang notis dibawah Syarat-Syarat dan peraturan Perjanjian akan dihantar kepada kedua-dua pihak melalui pos berdaftar dan disampaikan bagi tempoh masa penghantarannya melalui pos biasa atau serahan tangan.

7.9 Kesemua kos mematikan setem dan kos yang terbit berikutan penyediaan Perjanjian ini akan dibiayai oleh penyewa;

8. Dalam Perjanjian ini:-

8.1 Istilah "Tuan Rumah" dan "Penyewa" meliputi waris, wakil peribadi dan pengganti mereka dari segi gelaran.

8.2 Perkataan-perkataan yang membawa maksud jantina maskulin merangkumi jantina feminin dan neuter dan sebaliknya.

8.3 Perkataan-perkataan yang membawa erti nombor tunggal meliputi juga nombor banyak dan sebaliknya dan perkataan-perkataan yang membawa maksud orang yang boleh meliputi orang perorangan atau sebuah perbadanan.


DISAKSIKAN DISINI BAHAWA kedua-dua pihak dengan ini bersetuju menandatangani pada hari dan tahun sebagaimanan yang diperuntukkan dalam seksyen 1 dalam Jadual.



DITANDATANGANI oleh TUAN RUMAH







DITANDATANGANI oleh PENYEWA







Disaksikan oleh
Nama : ………………………………………….
NO KAD PENGENALAN ( )



JADUAL

(perlu difahami, dibaca dan dianggap sebagai bahagian penting dalam
perjanjian ini)


NO. SEK.
PERKARA
BUTIRAN
1
Tarikh Perjanjian
01 APRIL 2013
2
Maklumat mengenai Tuan Rumah

3
Maklumat mengenai
Penyewa




4
Maklumat mengenai
Premis Berkenaan

No 113-C Blok A,
Bulatan Cherry, Cherry Apartments,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

5 (a)
(b)
(c)

Tempoh
Tempoh Bermula
Tempoh Tamat



6 (a)



(b)
Sewa Bulanan



Tarikh perlu dibayar

Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja
(RM600.00).

Perlu dibayar sebelum 1 haribulan
pada setiap bulan.
7
Deposit Sekuriti
(2 bulan sewa)

Ringgit Malaysia Seribu Dua Ratus Sahaja (RM 1200.00)
8
Deposit Utiliti
Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja (RM 200.00)

9
Pilihan untuk
Memperbaharui

Setahun Sahaja

10
Kegunaan Premis
Berkenaan
Untuk Tujuan Kediaman Sahaja












Lampiran

Senarai Inventori

No
Perkara
Bilangan Unit
1.
Kipas Siling
4
2
Lampu Kalimantang
6
3
Katil Gelongsor Kayu
1
4
Katil Besi
2
5
Tilam beserta cadar
4
6
Bantal Bersarung
7
7
Frame Kaca Lukisan
10
8
Permaidani lantai
1
9
Lukisan
4
10
Television
1
11
Sofa Bentuk ‘L’
1
12
Lampu Berdiri
1
13
Meja Bulat beserta alas meja
1
14
Meja Segi Empat Putih
2
15
Kerusi Kayu
2
16
Kerusi Plastik
1
17
Cermin Panjang 1’ x 5’
1
18
Langsir
8
19
Almari Plastik Hitam
1

Kunjungi website kediaman kami untuk maklumat lanjut kediaman dimasa hadapan

Website http:\\rumahsewacantik.blogspot.com





















Lampiran



















































Hartanah:
No 113-C Blok A,
Bulatan Cherry,
Cherry Apartments,
30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Tuan Rumah : AZIZUL AZLI AHMAD
Penyewa : XXXXXXXXXXXXXXXXX

Tarikh : 30 Mac 2013


Tuan, XXXXXXXXXXXXXX.


Terima kasih kerana menyewa rumah kami.


Kami ingin mengucapkan selamat datang ke rumah kami dan percaya anda akan berasa selesa di rumah ini. Bagi melancarkan urusan sewa ini dan mengekalkan hubungan baik di antara kita, kedua-dua pihak adalah dikehendaki mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui bersama, seperti berikut:


1. Membayar sewa pada masa yang ditetapkan, setiap bulan
2. Menjaga hartanah ini dengan baik
3. Mematuhi segala peruntukan di dalam perjanjian sewa


Sila hubungi kami di no talian 016 599 8902 sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah semasa menduduki rumah ini. Kami berharap tuan anda akan selesa tinggal di sini.

Selamat menyewa.


Yang benar,



Azizul Azli Ahmad
rumahsewacantik.blogspot.com

4 comments:

  1. terbaik la.... sebelum2 ni sewa tak buat agreement pun... blh tiru ye

    ReplyDelete
  2. Assalam en azizul..sy nk tanya jika sy sbg penyewa 1 rumah direct dgn owner..boleh x kalo sy buat agreement sewaan bilik (ada 2 bilik lg) utk penyewa2 pihak kedua antr penyewa bilik dan sy tanpa melibatkan owner? Sbb segala urusan rumah ni sy yg uruskn mmndgkn tuan rumah telah bg sy sewa satu rumah ni kpd sy.

    Skng sy juz nk cr Housmate utk sewakn bilik yg lain.so kalo ikot undang2 boleh x sy wujudkn agreemnt tuh?perlu ke dptkn cop hasil lhdn?

    Sbb sy khuatir jika penyewa lain enggan mmbyr sewa blnn n akn direct ke tuan umah utk claim yg dia Sepatotnye kene deal ngn tuan rumah je bkn dgn sy.so sy xnk perkara ni berlaku..n bole x kalo sy wujudkn agreemnt begitu?

    Mohon incik share info yer

    Trina kaseh :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum En Azizul

    Mohon kebenaran untuk gunakan contoh dokumen perjanjian ini. Terima kasih banyak ye...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum En Azizul,
    Mohon kebenaran untuk salin dan gunakan dokumen perjanjian ini. Terima kasih banyak yer...

    ReplyDelete